Kek Coklat Kukus - Ummi CT
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ummi nak share resepi nak dapatkan kek coklat kukus yang lembut.
Rata-rata bahan kek coklat semua sama jer...cuma beza sukatan atau pun bahan tambahan setiap orang yang membuat. Boleh cuba resepi yang ni. Ummi pun dapat dari video kat youtube.Xingat video yang mana. Ummi salin semula resepi beliau. TQ.
Bahan-bahan:
3/4 cawan gula 3 biji telur 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila 1 cawan minyak 1/2 cawan susu pekat manis (kalau nak manis boleh lebihkan)
1 1/4 cawan tepung gandum (ummi guna tepung naik sendiri kalau nak cepat) 1 cawan serbuk koko 1 cawan air panas
- Pukul Gula dan telur sampai kembang...
- Bila dah nampak putih masukkan garam, soda bikarbonat, esen vanila, susu pekat dan minyak mixer semula bagi sebati.
- masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak...ratakan sebati.
- masukkan secawan air panas
- sapukan majerin atai minyak kat bekas nak kukus
- kukus selama 40 minit (boleh periksa cucuk guna lidi atau garpu kat tengah kek.Kalau ada melekat belum masak lagi)
Bahan-bahan Toping Coklat:
Biasanya ummi siapkan toping masa kek tengah dikukus.
-250 gram coklat masakan
-1 sudu besar mentega
-3/4 cawan krim putar tenusu@susu cair (ummi guna susu cair jer)
Cara-cara:
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan masakkan secara double boil. Kacau sehingga coklat cair.
- Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.
Comments
Post a Comment