Biskut Tart Nenas Matahari 2020 Kembali

okey....sedia untuk masuk dalam oven



Tahun 2020 ni macam-macam dugaan di bulan puasa. Memnadangkan tengah PKPB sebab Covid-19,
kita buatlah biskut raya. Kebetulan tempoh PKPB ni sampai ke bulan Ramadhan...

Tahun ni saya buat tart nenas matahari lagi...bahan yang saya guna masih sama lagi macam 9tahun lepas.







Bahan-bahan:
  • 350g tepung gandum
  • 50g tepung jagung
  • 60g butter
  • 175g mentega
  • 70g gula kastor
  • 1/2 esen vanila
  • 1biji kuning telur
  • jem nenas
Cara buatnya:
  • Pukul butter,mentega & gula hingga kembang
  • masukkan kuning telur dan esen vanila,pukul sekejap
  • lepas tu masukkan tepung gandum &  jagung
  • Uli sampai rata dan boleh cetak
  • Letakkan jem nenas kat tengah2 bunga 
  • Sapu telur atas doh yg dah cetak untuk nampak keemasan....kalau xpayah pun xpe
  • Bakar dalam 180dc,15-20minit.








Comments

Popular Posts