BAHAN DAN CARA BUAT : RAINBOW CAKE




Assalamualaikum dan hai yang sudi singgah blog Ummi. Nak share resepi buat kek pelangi (rainbow cake). Ummi x la pandai pun buat kek, cuma suka mencuba. Bukan juga penjual kek, hanya sekadar buat untuk makan sendiri.

Baru-baru ni cuba buat untuk harijadi anak. Kek pelangi ni memang pertama kali mencuba. Bahan yang Ummi guna pun tengok kat google gak. Cumanya Ummi ada guna flavour untuk kek tu.

Bahan-bahan yang Ummi guna:

BAHAN KEK:

3  CAWAN TEPUNG GANDUM (Ummi guna tepung naik sendiri)
1/2 SK BIKABORNAT
2 SK BAKING POWDER
1 1/4 CAWAN GULA HALUS
250G BUTTER
1 1/4 CAWAN SUSU SEGAR 
5 BIJI TELUR
2 SK ESEN VANILA
SECUBIT GARAM
6 JENIS PEWARNA (LETAK 7 PUN BOLEH)
SEDIKIT PERASA (UMMI GUNA TUTTI FRUITI)

BAHAN UTK CREAM CHEESE

250G TATURA
120G GULA ICING ( 1 CAWAN)
120G BUTTER (SEPARUH)

Ni antara bahan yang Ummi guna

-Boleh dah panaskan Oven korang dulu...
- Ayak tepung bersama bikarbornat dan baking powder.
- Butter dan gula halus mixer sampai nampak putih
-Masukkan telur satu persatu, mixer sampai kembang
- Bolehlah masukkan esen vanila
- Massukkan susu cair sedikit demi sedikit diselang selikan dengan tepung.
- Letakkan secubit garam dan perasa tutti fruiti
- Mixer sampai sebati
- Boleh bahagikan adunan kepada 6/7 bahagian

Ummi guna 6 pewarna

-Boleh dah mula bakar satu persatu,kalau oven korang besar bolehlah masuk sampai 2,3 adunan...
- Suhu bakar adunan dalam 160C-170C selama 25-30minit
- Sambil bakar adunan tu bolehlah sediakan cream cheese
- Satukan jer bahan cream cheese putar sampai kembang/ putih
- Bila dah siap bakar semua lapisan kek tu bolehlah susunkan bagi bertingkat
- Sapukan cream cheese tadi dan hiasakan ikut citarasa korang.

Maaflah Ummi memang xreti nak deco...

Alhamdulillah, selesai berkongsi dan selamat mencuba.





Comments

Popular Posts