Puding Roti Steam Noxxa Sos Kastard


Maaf video terbalik lak

Assalamualaikum, just nak share resepi yang saya buat. Sama jer dengan mana-mana blogger lain. Cuma ikut citarasa tambahan bahan yang digunakan dan adunan....Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk puding roti:

-8keping roti gardenia biasa/butterscoth(sebab dah manis)
-2 biji telur
-1 tin susu cair (saya guna susu sejat F&N)
-5 sudu besar gula (kalau nak manis lebihkan gula)
-2 sudu besar majerin/butter
-Kismis (tabur)
-1sudu kecil esen manila

Cara membuat:

1. Blender semua bahan kecuali roti dan kismis
2. Susun separuh roti dalam noxxa (terpulang samada roti nak carik-carik dulu / dipotong 4), kemudian siram dengan bahan blender tadi separuh sahaja.
3. Tabur kan kismis, lenyek sikit-sikit.
4. Masuk lagi separuh roti dan bahan blender dan tabur lagi kismis.
5. Boleh steam kan selama 20-25minit guna periuk noxxa.

Bahan-bahan untuk sos kastard:

-2 tin susu cair (1tin pun dah cukup,tapi saya suka sos kastard lebih)
-4 sudu besar gula
-2 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu besar tepung kastard
* adunan untuk buat sos kastard banyak

Cara membuat:

1.Blender semua bahan 
2. Panaskan dalam periuk dan kacau sampai agak-agak likat...terpulang nak likat pekat atau cair sikit....mengikut citarasa masing-masing.
3. Boleh siram atas puding dah....

DONE!!!! 



Comments

Popular Posts